sama-sama

Beberapa hari ni bucketlists membuak-buak keluar dari bakul. yang mana aku rasa bucketlists aku tu semua dah boleh buang laut sebab banyak masa dan duit aku perlu laburkan untuk semua tu.

buat masa ni fokus study sebab kita (those yang ambil pt) umur masih muda tapi hutang ribu-riban. 

ada yang cakap, rugilah study berhutang. orang tak study dah boleh kumpul duit and melancong. Ilmu bro, ilmu. Mungkin kau tengah pujuk jiwa lara kau sebab tak sambung study, tapi consider perasaan orang lain.

jiwa lara jugak ni tengok duit korang kepuk kepuk dalam poket while kitorang berhutang. kbai.

sama-sama jeles, tapi kena sama-sama jaga hati. and tbh aku tak rasa yang tak sambung belajar ni budak-budak underdog atau tak bijak. Sebabs memang ada je kawan-kawan aku yang result ok je dari aku, pointer stpm lagi makaaan daripada aku tapi aku yang sambung belajar, dia tak dapat mana-mana panggilan pun. tsk

rasa rendah diri juga bila dia cakap, "untunglah dapat study." sebab dia lagi pandai kot. Tapi rezeki dia mungkin belah lain, sebab tu dia ada duit loaded sekarang, and I be like "untunglah kerja."

sama-sama untung. Dari perspektif kita macam orang tu lagi untung, dari pandangan orang lain pula kita lagi untung.

sebab memang dulu aku request (doa) kat Allah aku tak nak kerja, aku nak masuk Universiti. So, here i'am. rasanya wish granted. lepas tu boleh pula melalak nangis-nangis tak puas hati sebab belajar kena berhutang. 

tu makan dia.