tak marah, cakap je

I admit those girls buat kesalahan. And for those yang menasihat secara baik is a hundred steps forward than those yang memaki dan mengutuk, sampai tak sempat ambil cermin to look on their own flaws. Kita ni pun bukan sempurna kan, bila bila masa Allah boleh uji kita lagi hebat dari mereka. Belum tentu kita lulus.

Idk Malaysians, what make some of you reacting that much without thinking about the mothers of those kids feels. I poor those girls eventho Im crying the whole morning sebab kecewa bila nampak benda macam tu. Budak lagi agaknya, andai kata mereka tidak sedar semoga Allah beri kesedaran. Andai kata mereka sedar, semoga Allah jadikan kejadian ni sebagai pengajaran.

Bila timbul hal ni, kecoh semalaya mengatakan kpop as kristian pop and so on. Keluar viral how tak sejatinya lelaki kpop kerana kejambuan mereka and how are they popular with plastic surgery and ajaran yang membawa kepada unsur seksual kepada remaja.

Im sorry, but im laughing bila ada yang  sanggup menulis without guna akal dan hanya menulis mengikut nafsu kemarahan dan kebenciaan. Adakah anda keyboard warrior yang menggunakan viral ini sebagai medium membuktikan bahawa anda orang yang benar kerana anda tidak meminati kpop atau sebab memang anda tidak pernah langsung melihat mana mana artis, drama, mendengar lagu dan sebagainya menyebabkan anda ingin menyelamatkan anak bangsa? baiklah, dihargai. Semoga anda sentiasa mampu dan diberi peluang tersebut oleh Allah. Saya doakan. 

Berkaitan, plastik surgery. I could guarantee those fans of kpop or kdramas already aware about it. We (with me) are already aware of it. Saying 99% of those koreans actors actress or idols undergo a plastic surgery is just blergh seriously. Only certain of them were actually undergo the surgery. and even if those idols undergo surgery, a news conferences or announcement from their own company ent will be made. Viral daripada netizen mereka pun boleh kecoh seperti viral di Malaysia. Seriously, 

I believe those B1A4 members are not undergo any surgery for their face. The proofs can be found through their childhood photos and no news from their company saying they did one. Entahlah, adakah bila korang viralkan semua budak jambu muka tak cukup lelaki tu undergo plastic surgery can be count as slander or not. Doa jelah tidak menjadi fitnah. Besar kot dosa menfitnah orang. 

Tentang how a malaysian writer yang mengatakan agamanya di provok oleh koreans semasa dia belajar di Korea, im so sorry you have to experience those. But, I believe you dont agree kalau Islam kena judge by certain mistakes and sins made by another muslims. You cannot judge a bunch of people by ony knowing one of them. Samalah bila, di Malaysia bukan semua orang dia baik, di US bukan semua orang dia jahat.

I have a sister, a not related one who is a korean. Through her behaviour, she does respect my religion, those korean variety which muslims who came to their shows wanted to pray they allowed him and even compliment our religion, saying how obedient and strict our religion sebab kena solat di awal waktu. Yakin sangat lelaki tu diterima baik oleh masyarakat korea through how happy he was bila kena buat farewell speech. Bukan semua orang ada pandangan buruk pada agama kita. Do not be too insecure or too judgemental hanya kerana awak lalui hari yang buruk with 1 over 100 people. mungkin awak kenal seorang daripada seratus, tapi yang 99 orang lagi awak tak tahu. Are you supposed to be that judgemental ?

Jangan katalah tempat dorang je ada orang muntah bersepah lepas minum arak, atleast mereka disana budaya dan negara mereka majoritynya non muslim. Kita yang negara islam pun ada je orang minum arak lepas tu bersepah muntah. What is the differ? If I have to hate, i'll hate both. 

Bergosip?Jangan kata merekalah. Saya sedar yang korean citizens memang perangai macam tu, a little tiny things pun mereka boleh  jadikan viral. Dari sekecil kecil kuman sehinggalah sebesar besar paus biru, semua jadi topik mereka. So, apa bezanya dengan negara kita? Oh, mungkin saya kurang sedar bahawasanya Malaysia sudah bersih dari gosip liar. Melodi, segala rancangan TV berkaitan artis, keyboard warrior dan lain lain mungkin sedang berzikir selama ini. Baiklah, saya husnudzon. Maafkan saya kerana selama ini saya bersangka buruk.

Saya minat kpop, kdramas dan sebagainya. Saya layan filem hindustan, cina, jepun termasuklah melayu. Lately, tiada bezanya pun filem filem tempatan dengan filem luar.

Tak salah nak sakit hati, geram dan malu bila melihat sepertinya agama kita diperkotak katikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tapi, cara anda defend agama sendiri pun dah lari dari landasan agama. Atas apa anda ingin memaki orang lain sekiranya diri kita sendiri sedemikian? Ada caranya. Sentiasa ada caranya.

Terbaca pula teks dari seorang wanita yang berubah kerana betapa kasarnya seseorang memberi nasihat kepada dia. Mungkin berkesan pada anda, tapi sepertinya tidak berkesan kepada anak muda sekarang. Dekat TL twitter je pun dah tahu budak budak tu ramai yang tak peduli. Api bila disimbah minyak semakin maraklah dia.

Wahai budak kpoppers, mungkin anda teringin flashback semula semua kesalahan anda sepanjang fangirling. Dosa yang anda sedar tapi anda buat buat tidak sedar. Jadikan benda tu sebagai dorongan kenapa anda perlu berhenti. Tiada salah admire atau pun suka benda yang cantik, sudah menjadi fitrah manusia. Yang salah bila sudah terlalu taksub dan obses. First rule, jangan ke konsert. Pegang tu sampai mati. 

Saya minta maaf andai kata saya sepertinya menyokong pihak yang berbuat dosa. Honestly, hati terpukul melihat perbuatan melampaui batas agama. Tetapi, hati lebih terpukul bila rata rata yang memberi reaksi seolah olah tiada iman diletakkan pada diri. Assumptions sana sini, bersepah sehingga tiada ruang untuk orang lain mendengar nasihat elok dek kerana sakit hati.