Ukhwah lillahitaala
Maka dengan kudrat yang ada, aku menyelinap juga buka blog ni walaupun sibuk tak buat assignment lagi. Yang lain-lain dah siap, ada beberapa report je belum siap. Macam biasa. Budak june ada sikap suka melengah-lengahkan kerja.

Terpanggil pula untuk menaip tentang ukhwah atau silaturrahim dalam blog tak seberapa nak macho ni. Dahlah bertemakan kpop, luhan pulak tu. Kalau kam nampak sepupu sepapat suami dia ada dalam blog ni, dia akan gelak dah rasa macam..."aik?"

Aku cadang nak tukar header dengan gambar-gambar yang ada dalam blog ni sebab yang aku berkenan cumalah template dia, bukan gambar dia. Nak tukar tapi tak ada masa. Macam sekarang, aku menyelinap untuk menaip, bukan bertukang dengan html dll.

Semalam satu hari aku hilang mood. Pertama aku batalkan kelas memandu aku, dahlah aku lambat, tak lama lesen tamat tempoh, main skip skip kelas pulak dah. Kedua, aku lari dari tugasan aku menyediakan iftar di masjid walhal memang turn budak BKD bulan ni untuk bertugas. Maafkan daku. Ketiga, aku skip meeting RM. Keempat, aku tak datang Kuliah Haraki. Kelima, aku tak ikut group kitorang Qiam, takpelah aku acah qiam kat rumah je lah.

Maka, puncanya adalah benda sekecil kecil alam.

" Agaknya kat usrah tak pernah cerita pasal hukum putuskan silaturrahim ke?" Deep, Amy. Anda sangat deep, tersedak mendengar soalan tu.

Mungkin pernah, tapi bila mana kita adalah spesis homosapien ( which is human ) kita tak laridaripada alpa, lupa dan mungkin juga egoistik. memandai je aku tambah istik entah wujud entah tidak. Ego.

Buat pekak, buat buta apa yang berlaku disekeliling. "Peduli apa dosa pahala? Aku tengah marah ni. Peduli apa silaturrahim, doesnt concern me at all." maka syaitan pun mengambil tempat dalam hati manusia mengatakan, " Kau tak salah. Dia bersalah!"

Apalah salahnya bercakap dahulu. ok patah balik sedikit.

Apalah salahnya menerima maaf orang lain? No one asked you to asking for forgiveness from us. Kitorang yang datang merendahkan ego sendiri, apa sangat umur? Kitorang lagi matang, kau budak budak je. Jadi, tak kisahlah setakat mengalah. Ukhwah itu besar maknanya. Tapi, kalau difikir dari sudut lainnya pula, kau adalah orangnya. Orang yang seharusnya menjadi rujukan kepada orang macam kami. Orang yang patut tunjuk teladan.

Nak juga aku tanya kenapa kau buat macam ni? Apa salah aku, tapi nanti tetibe kau cakap, " Aku kecewa dengan kau." eh?

telan liur sikit. 

Memang Allah tu Tuhan. Dia boleh maafkan kesalahan manusia. Tapi, kalau kau mohon maaf keampunan daripada Allah, kau rasa-rasa dengan sikap kau yang tak nak maafkan orang lain yang salah dia sekelumit tu..Allah nak ke maafkan dosa kita yang menebal, menggunung ni? Ok, aku cakap pasal dosa aku. huhu

Malaslah nak cakap pasal ukhwah. Kita tahu apa hukum putuskan silaturrahim.. apa hukum tidak bertegur sapa melebihi tiga hari. Kita tahu, kita dah besar.

Lagi satu, kalau memang dakwah adalah aim kita, jagalah ukhwah seperti yawa kita. Sedangkan Rasulullah menyuruh kita sayangi musuh kita seperti sayang diri sendiri. Oklah, kita bukan nabi. Tapi Nabi tu manusia. Kita pun manusia.

Mungkin juga kau anggap, " oh dia bukan sahabat. Takde ukhwah." Dia tudung labuh ke pendek ke secoet ke mereng ke apa ke, dia saudara saudari seislam. Hak judge dia, bukan hak kita.

confirm yang membaca tak faham apa yang aku cakap. Takpe, situasi tidak perlu difahami. Jaga ukhwah je senang cakap.

"Jagalah ukhwah, perkukuh dakwah."