minggu ke-3 berjuang. nampaknya perjuangan tak nampak lagi, samar-samar. Sebab most lect masih senang lenang ajak kitorang bersembang and some cuma explain pasal RPP and modul. Yang paling rajin pun Sir Ng. Chinese, kan. Tak ada masa yang perlu dibuang katanya. 

tapi dalam masa yang sama, budak paling susah tidur dalam kelas and budak paling rajin tulis nota dalam kelas pun rebah. dia tidur and nota kosong. Sebab most yang si ng cakap kitorang blur. sorry sir.

AE macam fun. tapi bila dengar apa yang kawan-kawan cakap pasal lect section kitorang aku rasa macam emmmmmmmmmmmmm takpelah, usaha itu penting. Kalau dapat C sebab usaha aku kurang maybe rezeki aku C. Usaha, jangan mengalah.

Akhirnya pengumuman jawatan RM dah keluar and Ayu dengan jayanya jadi setiausaha. Walaupun dia rasa macam 'emmmmmmmmm kenapa aku?' syukur kot tak dapat setiausaha. Alhamdulillah dapat biro under BKD (biro kepimpinan dan dakwah) semoga dicekalkan hati hati kita.

tahniah dan takziah kepada semua yang kena pilih oleh Allah.

Kalau boleh tak nak pegang apa apa jawatan sebab ya know susah nak urus masa sendiri. Bukan semua pandai urus masa. Lagi-lagi, aku bukan pelajar cemerlang. 

ada jawatan atau tak ada jawatan pun, kita still boleh datang masjid buat amal. Masih boleh berdakwah bebas. Medium apa pun kita boleh cuba guna. Janganlah patah hati. Jawatan tu mainkan peranan tak besar mana sebenarnya.

jya.