calm down babe

Ketenangan ditarik. 

Mengadu dekat family. Aku dah tahu apa jawapan yang diorang akan bagi. Solat sunat, baca Quran, Zikir and so on. Tapi atas beberapa faktor kewanitaan, aku cuma boleh baca tafsir, baca doa doa yang aku hafal, dengar ayat ayat.

Mungkin aku fokus pada ke-tidak-tenang-an aku ni sampai bila dengar ayat pun tenang sekejap but then mula tak sedap hati. Mungkin sebab stress or entahlah. Ada benda yang buat aku tak tenang, tapi aku sendiri tak pasti apa dia.

Family, kawan kawan pesan supaya sentiasa ingat Allah. Ye, lemahnya aku.

Ayah sampai hantar ayat ayat yang aku boleh amalkan, semua bagi encouragement, mama tanya kalau aku rindu sebab tu aku tak senang, Akak siap hantar video zikir penenang jiwa, ayu tanya kalau aku sunyi so dia boleh teman.Entah.

MasyaAllah. Nampak usaha mereka nak buat aku tenang. Semalam dah ok dah, hari ni start semula. Aku ada buat benda lagha ke? Ya Allah :(

Mungkin sebab banyak sangat assignment and aku kena siapkan dalam 3 minggu lagi. Groupmates pula macam tak bagi kerjasama. So far for the whole dua sem ni, cuma satu group je aku rasa ada kerjasama, Group Pengajian Islam ;A;

p/s: Leena, Atul, Jaja and Amira terima kasih sangat, Terharu gila gila. Semoga sentiasa berada dibawah payungan redha Ilahi. Semoga hingga bila bila Allah permudahkan kerja anda semua, dunia akhirat.