Rezeki

Tergerak hati eksited bila dengar kawan yang join kelas iqra nak pergi majlis ilmu. Kawan ada ajak. Tapi, memandangkan diri dalam hadas besar and kurikulum seolah tidak membenarkan, aku let go je tawaran tu. lepas tu ada lagi hamba Allah seorang ajak join. At the same time, kawan yang memula ajak tu whatsapp kata betul ke tak nak join?

Masa tu hati tu memang nak pergi. Atas sebab apa, Allah lebih tahu. Lepas tu minta kawan hantarkan nama dekat Naqibah dia, nak join, tapi tidak berjanji akan ikut. Aku doa je lah yang koko tak ada and semoga tak ada masalah lain yang membolehkan aku tidak ikut aktiviti halaqah tu.

Alhamdulillah, tepat hari nak pergi tu, Awal pagi lagi Allah dah benarkan mandi wajib. Koko dah selesai sekadar dengan mesyuarat dua jam. Masalah lain, godaan-godaan lain memang not found haha time tu hati terdetik, Allah bagi aku jalan untuk kenal Dia lagi dekat.

SubhanaAllah, that moment when kau melangkah dalam golongan golongan budak usrah, usrah, belajar kenal Allah dengan mereka, mengaji, menghafaz, kau tahu kau tertinggal jauh dekat belakang. Kalau selama ni kau sangka kau berada di kedudukan yang selesa, memang salah lah. Level subhanaAllah jauh sangat. Hati terdetik lagi, " aku nak jadi macam dia." Kalau tak jadi macam dia pun tak apa, jadi lebih baik. Haaa gitu. Cemburu atas kehebatan seseorang dalam agama. Nak jadi lebih baik dari sesiapa pun untuk dapat tempat dekat dengan Ilahi. InsyaAllah tak salah selagi berlapikkan cemburu iman. 

Macam macam dapat dipelajari sepanjang program. Aku yang tak pernah pernah baca surah Almulk sebelum tidur, tiba tiba kena baca. Aku yang susah bangun awal pagi untuk Qiam, alhamdulillah Allah izinkan bangun, aku yang hangat hangat tahi ayam dalam berubah, teringin nak berubah. 

Suka sangat cara 'approach' yang digunakan oleh kakak kakak Naqibah and abang abang Naqib tadi. Lepas solat ceramah, sebelum tidur ceramah, awal pagi nak breakfast pun ceramah, nak daki bukit pun ceramah, habis pun sempat ceramah. MasyaAllah, fascinated. Rasa penat hilang.

Those memories. Terima kasih ya Allah and terima kasih atas doa orang sekeliling yang memang tak stop na aku berubah. InsyaAllah umur panjang, ikut Kelas Iqra lepas ni.