Assignment group

Bismillah. 

This sem nampaknya lagi mencabar dari sem lalu. Nak kata jam kredit tu over, tak juga. Lebih satu je kot dari sem lalu. Kalau orang dekar jam kredit aku, semua akan tanya "kenapa sikit sangat?" rileklah.

Mungkin sebab sem ni kena buat video. bukan satu dua video k. Dengan urusan Khidmat masyarakat yang mencabar mental. Untung tak jadi setiausaha semester ni. Jadi setiausaha keusahawanan pun dah semput, nak jadi setiausaha khidmas ni? pergh jangan. 

Kesian Elya tak pasal pasal macam macam surat dia kena buat. Kebenaran ini, itu. Surat jemputan, minit mesyuarat. Aku masa jadi setiausaha keusahawanan, minit mesyuarat tak perlu. Sebab kitaorang informal sangat hahaha

At this rate, macam aku seorang je yang duduk goyang kaki tak ada apa nak buat, jadi timbalan syok kot. Next time free je aku lantik diri aku jadi timbalan kalau macam ni je aku kena buat. Tunggu Zar bagi kerja, aku kerja, ada nak bantuan aku bantu. As easy as ABC hah

Video untuk language aku tak risau sangat sebab basic semua aku dah ada, memang aku cuma perlu sms unnie kim and minta dia ajar itu ini, masuk data dalam video, insyaAllah done. Aku harap dia semudah itu. Sebab itu yang imaginasi aku tunjuk dekat aku. Sir pun macam nerd semacam. Bukan nak ambik peluang, cuma rasa rilek sikit bila tak ada orang push. Aku buat kerja tak boleh kena push. Kata procrastinator, kan. Aku nak buat, aku buat. Walaupun slow. 

Kalau mot memang buat masa ni aku santai lah semua pun adik adik, yang seumur aku dengan Karen je. Tapi macam biasa kalau ada lelaki, memang dia kena lead. Memang lumrah dah kalau lelaki yang auto jadi leader. Diorang pun kaki sakat, suka loyar buruk tapi tak risau sebab semua pun budak pointer tinggi gitu. Semua rajin rajin and i dont have any difficulties nak kerja dengan diorang.

Yang aku pressure sekarang ni tetibe aku kena point jadi pembuat video. Dah mulut aku pepandai kata aku reti buat video. Ye, pandai. Tapi, kau dah tinggalkan beratus tahun dahulu. Macam biasa, guruku youtubeku. duh insyaAllah boleh. Ada kerjasama, semua boleh. Semoga dipermudahkan.

Ekonomi is a little bit challenging. Tapi, tak boleh lah mudah berserah without usaha. Kena cuba jugak. Idk, eventho aku suka eko, style mengajar lecturer kurang masuk dengan aku. Teringin nak Sir Johnson ajar sekali lagi. kheheheh