Kembara Siswaku

Another awesome experiences yang akan terus mekar dalam hati dan ingatan. ceh gitu. Before ni join rehlah kelas iqra, but this time i made a stronger approach towards islam dengan mengikuti kem 3 hari and 2 malam at Kem Dayang, Pontian anjuran Rakan Masjid. Im so in love with the nature and the way of learning the applied.

Nak dijadikan cerita, Im chosen to be in the green tem. which a green paper sticked on my back with another 8 members. And then, we're asked untuk beri nama pada group kami dengan nama pejuang pejuang or tokoh tokoh islam. 

Im so lame. Berapa banyak tokoh je agaknya aku tahu, kan? Cadangan aku will always be Saidina Abu Bakar. But then akak Farahanis said that was too common. At the end kitaorang pilih Salahuddin Al Ayubi. You dont know how lost I am bila diorang bincang pasal apa sumbangan dia. Oh my, kurangnya ilmu pasal islam. Kalau artis, boleh buat karangan sampai lusa. Astaghfirullah. But then, I realized. Mungkin ini cara Allah nak aku sedar yang aku kurang pengetahuan tentang golongan golongan manusia yang cintanya pada Allah, cintanya pada islam. Thats a good point of joining the program.

I wont talk about presentation because im doing just fine. Dalam satu group ada 9 member, except for myself, I only know Ismaliz there because she is my sister's friend. A very good kid with manners and confident. Masa program sukan pun I still did not managed to know any of their name. Basically, we're just a team on name and not more than that. Tapi, alhamdulillah kitaorang bukan jenis berkelompok. We say hi to each of them ofc. And kak Delilah, you're so sweetheart. Im super glad to know you seriously,

Trekking event. The most favourite part of the program, walaupun penat. We're the first group yang bergerak ke dalam hutan, about 20-30 minutes earlier than the second group probably. Masa checkpoint pertama, ada sesi ta'aruf, time tu barulah dapat kenal siapa nama ketua, siapa nama members. Lame, nasib baik nama senang je nak sebut. 

bergerak ke checkpoint ke dua (palsu) kitaorang serah barang amanat from kemkom which he said surat kahwin dia haha. Masa tu biskut amanah kak Delilah kena rampas. Which kitaorang dah ada kelemahan dekat situ.

Sampai checkpoint kedua ( for real) kitaorang dengan yakinnya menyatakan bahawa checkpoint  tu palsu. Sebab anak panah tak ada, kahkah rasa kelakar pun ada bila ingat balik macam mana aku, Is dengan Faiz argue dengan fasilitators yang checkpoint atas tu betul. Sampaikan en Adham suruh kitaorang tukar ketua. Korang takkan percaya berapa banyak kali dia minta kiaorang tukar ketua kumpulan tapi we're all like "a big no". Lepas tu dia ugut nak bagi makan cacing. Im not someone yang geli dengan cacing, tapi we all know kita tak boleh makan cacing. Tapi, kitaorang kata, kitaorang boleh makan benda tu sebab kitaorang semua anggap benda ni semua psycho je.

Mata kena tutup, fasi suruh nganga kononnya makan cacing. None of us yang tak nak makan sebab we all believe yang fasi takkan beri kita benda yang tak baik. In another word, kitaorang tak ada syubhah terhadap makanan yang kena bagi tu, walaupun mata bertutup. Kedegilan kitaorang tu sampailah bila fasi kata, " kita akan duduk sini sampai malam kalau awak tak tukar ketua." and we are all like ,"ok cari tempat duduk" semua buat muka tak kisah. Semua yakin tak nak tukar ketua. Sampailah fasi ugut kitaorang dengan paku. Sebenarnya tak ada paku pun, saja je nak takutkan. Paku tempat lain, jalan tempat lain. Kalau boleh rewind semula, aku tak nak berteriak masa diorang tarik tangan dengan beg aku, Kelakar kot, sampai Ismaliz pegang tangan aku erat erat dia cakap " akak Aiza, ni Is ini Is, ikut sini" Lepas tu ahli group pakat pakat pegang beg aku tak nak berpecah -.- 

Bila buka mata je semua tanya " beg abah yang bagi ke?", " siapa nangis sebab beg abah bagi kena tarik?" tbh, words of 'beg abah bagi' masa sesi tutup mata tu adalah sebagai cara nak psycho fasilitator yang tarik tangan aku nak pisahkan kitaorang. Unfortunately, yang dekat tangan tu je fasilitator, yang tarik beg aku tu kak Delilah. Which Kak Delilah lepaskan beg aku sebab dia takut beg aku rosak. Pergh, psycho kena group sendiri. Nasib baik Members lain dapat tarik kak delilah.Nampak jugak ada teamwork dekat situ hahah. ka over la Aiza. 

Tak pasal pasal even en Adnan, or kem komander pun tahu benda tu walaupun dia tak ada situ. Semua pakat tanya " siapa yang teriak tadi masa checkpoint 2?" cis. Dapat juga belajar tentang kesetiaan, kepercayaan, pegang amanah, keyakinan (walaupun sebenarnya kitaorang salah) and kerjasama. see, seronok.

Checkpoint 3 is the most unforgetable cp ever. Everyone knows how sporting and easy going is en Abdullah. A chinese looks fasi, yang disukai ramai muslimat ceh ayat. But then lepas je cp 3, memang lepas tu muslimat dah tak pandang dh en Abdullah. Semua kononya pakat menyampah. Since group kitaorang group first, maknanya kitaorang yang meleleh dulu. Tapi nak dibandingkan group lain, kitaorang ada tiga members je yang nangis. Itu termasuk aku. Kalau group lain mostly semua muslimat nangis. Kitaorang tak benci pun, En Abdullah. Kitaorang geram je haha, acah acah kena benci pulak dia.

Tapi, group kitaorang paling bagus kot kahkah. Sebab masa cp 3 tu, kitaorang kena suruh buat hadia untuk ibu. Kitaorang buatlah bunga dari surat khabar. Each one of us kena explain pasal nilai sentimental yang ada pada bunga tu. Aku apa lagi, guna quote Matluthfi la hahahahaha pasal bunga tu, en Abdullah suruh serah kat akak Fasi tapi kitaorang tak bagi. Puas diorang cakap benda tu bukan amanat, tapi kitaorang ni kan semua satu kepala, kepala batu Degil tak nak serahkan. Bila dia kata " bayangkan akak sebagai ibu korang then korang bagi pada akak bunga tu" dah nampak sangat fake dekat situ. Aku pun pepandai la jawab " Tapi ibu kitaorang muka dia lain.", "akak boleh berlakon jadi ibu kitaorang tapi bunga ni untuk ibu kitorang je." ayat kau.

Bunga tu memula pada aku, then bagi dekat Is. I believe Is dah protect bunga tu gila gila but then akak tu boleh peluk Is and koyak bunga tu. Yang tak tahan bila En Abdullah tendang kertas tu and said " macam ni korang kata berharga?" panjang lebar dia bercakap in a real bad mood (sebenarnya dia berlakon, tapi time tu kitaorang tak tahu) dia cakap pasal kitaorang hancurkan harapan ibu, kitaorang tak pprotect ibu and so on,

I was like, 'kitaorang protect kot. tapi kena attack macam tu, siapa yang boleh protect lagi? that was like saying kitaorang tak protect ibu kitaorang bila someone tembak ibu dari jarak dekat while kitaorang sedang protect dia.' gila lah kalau tak marah time en Abdullah sepak paper tu. Kitaorang buat bunga tu dalam masa yang singkat kot. Dia cakap pula pasal ibu. Terus jadi sentimental, nangis.

Alhamdulillah, dapat group yang ada teamwork eventho seorang dua aku kurang bercakap sangat sebab diorang jenis yang loud and competitive sikit. Im less than that hahaha. First group yang berlepas, first group yang sampai. Kitaorang sampai lebih cepat dari waktu yang ditetapkan, awal 20 minit. Which is good kata En Adnan. ceh, tak. Aku saja tambah heheh

Sejam selepas kitaorang dah sampai dewan, dah mandi dah solat and dah makan, barulah team 2 sampai ke dewan, catatan masa lain lain group aku memang tak ingat. And, ada 3 group berjalan malam dalam hutan dengan hanya bertemankan satu lampu suluh. I cannot imagine pengalaman diorang tu. Totally out of my mind, tak dapat fikir. Kitaorang yang jalan waktu matahari ada tu pun kepayahan sebab dua kali naik bukit curam and then dua kali turun bukit curam. Jalan dia kena tengok lekuk lekuk. Kalau pijak sembarang boleh jatuh kot. Dahlah kena harap ketua group yang rata rata sendiri pun tak ada pengalaman mendaki bukit tu. Agak berbahaya kot. Im especially respect those guys of group 4. Not sure if they are actually from 3rd group ke. First checkpoint bendera dah kena rampas, jadinya bendera kena ganti dengan kayu besar. If only im able to show you how big it is. Agak besar untuk someone yang perlu survive turun naik bukit curam, pada malam hari.

bila sesi nak kongsi pengalaman, faedah dan kebaikan yang group kitaorang dapat dari aktiviti tu, aku tetibe kena serang migrain, which all I need is sleep haha and time tu perut kosong, masuk angin and tak boleh nak makan bila nampak lauk rasa nak muntah. Dapat minta excuse tidur jam 9. Orang lain naik bilik jam 12.30 aku dah selesa berejam atas katil haha

The last day. Dipenuhi dengan tazkirah, nasihat, sesi meminta maaf ( masa ni en Abdullah tanya siapa benci dia, seorang je angkat tangan haha.), sesi pandangan, sesi tengok video aktiviti kitaorang and sesi penyerahan amanah. Alhamdulillah biskut amanah aku selamat tak pecah dalam masa 3 hari dua malam tu. about 20 orang je yang dapat selamatkan biskut amanah tu. Lepas tu sesi penyerahan henset, makan and then solat zuhur berjemaah. Alhamdulillah. Banyak pengisian.

Im so in love,seronok jalan bersama orang yang selalu dekatkan diri dengan Allah. Alhamdulillah, dah memang biro dakwah of Rakan masjid pun tapi tak ada pengalaman nak handle any program lagi, InsyaAllah lain kali, kalau tak handle pun hopefully dapat join as a contestant.

Bersyukur dipilih Allah untuk jadi salah seorang daripada ramai ramai yang mendaftar nak join. Valueable experiences and memories.

Allahualam.