Salam Maulidur Rasul,

Assalamualaikum,

kembali update blog cantik lagi berseri demi hari mulia esok. Tahu hari apa, kan? Boleh google kalau tak tahu.Kalau malas nak google, ni cek nak beritahu. Esok adalah hari peringatan kelahiran Rasulullah saw. 

Banyakkan selawat ye anak anak. Doakan 

InsyaAllah effort kitaorang untuk selawat tu berbalas. Banyak kelebihan selawat ni sebenarnya. Kita je yang tak tahu.

" Barang siapa berselawat keatasku, akan ditinggikan darjatnya sepuluh kali ganda diakhirat kelak dan digugurkan 10 dosanya."

Itu baru sikit, barang siapa yang berselawat keatas Rasulullah. InsyaAllah dia akan menerima syafaat daripada Rasulullah saw ketika hari perhitungan. Bertuah ke tak bertuah tu.

" Sesungguhnya orang yang paling utama padaku pada hari kiamat kelak, adalah orang yang banyak berselawat keatasku."

Sekali kita selawat keatas Nabi, 10 kali Allah mendoakan kesejahteraan (selawat)  kita. Sikit? 10 kali selawat tu kalikan dengan berapa banyak kita mampu berselawat keatas rasulullah. Tak terhitung. SubhanaAllah. 

Sedangkan Allah swt dan para malaikat berselawat keatas Rasulullah saw, kenapa tidak kita yang kerdil ni? kan..

Pendek aje selawat tu. Berkali kali kita boleh baca, ganjarannya subhanAllah. Seluas angkasa. Haa, jangan lupa selawat setiap kali mendengar nama Rasulullah.

" Sesungguhnya orang yang kedekut/bakhil itu adalah orang orang yang mendengar namaku tetapi tidak berselawat kepadaku"

wallahu. Jika ada kesilapan dalam entri ni boleh tegur lalu cbox. Kadang kadang manusia ni buat silap tapi dia tak perasan. 

Salam Maulud ;)