kawan


kenapa agaknya GQ suruh mereka semua kenyit mata. Chanyeol dengan kyungsoo tak reti buat

kawan itu kalau dia tahu kawan dia 'sangat amat' benci akan sesuatu, dia tidak akan tunjuk dekat kawan dia benda yang kawan dia benci. kalau dia tunjuk, kadang kadang tak lebih untuk mengusik bukan menyakitkan hati. Dan pls tahu kawan dia tu tahu siapa yang saja nak bergurau dan siapa yang sengaja menyakitkan hati.

Kawan tu bila kau ada problem, dia sentiasa sedia telinga hati dia untuk dengar kau meluah unless kau tak beritahu pun dia kau ada masalah. Bila dia tanya kau ok ke, kau berlagak cool. Yang ni mungkin sebab kau segan, kan?

kawan tu bila exam dia suka explain banyak benda macam formula dan fakta subjek tu, benda yang kau dah tahu pun dia explain. bukan berlagak, tapi dia nak lulus berjemaah dengan kawan dia tu. Ini namanya tak penting diri, k.

Kawan tu bila mana kau pilih satu course, dia pun nak pilih course tu walaupun dia tak ada minat dan kemahiran dalam course tu semata mata nak melekat dengan kau. Tapi, kalau kau baik, kau akan suruh dia fikir minat dan kemahiran dia sendiri sebab itu masa depan dia. kalau tak pun, mungkin kau memang tak nak berpisah dengan dia. so, kau penting kan diri. kind of friend jugak tu.

Kawan tu, bila ada kawan dia bergaduh atas salah faham ke apa ke, dia mesti cari jalan untuk kawan dia tu berbaik semula tak kira macam mana cara sekalipun. Kecuali kalau dia tu tak nak kawan dia bergaul dengan kawan dia yang lagi satu tu,

Kawan tu bila  dia nampak hantu dia cepat cepat text or call kawan dia beritahu yang dia nampak hantu lepas tu berlagak kononnya hantu tu tak seram dan teringin sangat nak tarik rambut hantu tu. Ini kecoh tak bertempat, benda tak penting pun dia nak kongsi. used to be me haha

Kawan tu bila dia dapat tahu kawan dia ada masalah dari orang lain, dia akan membebel dekat kawan dia persis seorang ibu, merajuk sebab kawan dia tak mention pun masalah dia dekat dia pun. Lepas tu, dia akan mula nangis sama sama. Rindu yang ni, 

Kawan tu, bila kau jatuh tersungkur dia angkat kau semula, dia pimpin tangan kau jalan dengan dia sebab dia tak nak kau jatuh di garisan permulaan tak bangun, menangis sendiri  tapi dia dah sampai di garisan penamat ketawa sendiri. Nak menangis nak ketawa biar bersama.

Kawan tu orang orang yang sanggup menunggu jam 12 am tepat semata nak wish birthday kau yang sebenarnya dia boleh wish esok pun. Dia taknak jadi orang pertama yang wish pun tapi dia gembira macam tu. 

Abang Zack kata, kawa tu bila kau call dia jam 3 pagi kata minyak motor kau dah habis dia sanggup bangun hantarkan minyak motor dekat kau. hahaha sorry not sorry abang zack kalau yang ni i cannot be anyone's friend. Tahu je lah anak perempuan, keluar jam 3 pagi memang nak kena lempang dek ibu. kalau pandai pandu kereta ke bawa motor ke, bolehlah. Ini nak bantu kawan ajak abah suruh dia pandu, memang kena siku. 

tapi, ada ke kawan aku jalan jam 3 pagi? -m-


Labels: ,