kawan

hati tergerak nak buat entri ni hari ni. free kan? ce angkat kening sikit ;; dah lama nak buat entri ni sebenarnya serius. tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. banyak benda lagi berlaku dalam hidup perlu diurus, bukan blog je. ceh, gaya bercakap ye ye je.


" we film them, they film us. thats how our relationship goes" - heechulie tmblr

ehm. serius, aku senang nak anggap someone tu best friend aku walaupun someone tu tak declare pun dia tu best friend aku. sebab tu aku ada selonggok bff. aku ada sorang kawan, bila aku tanya siapa bff dia, dia kata tak ada. semua dia anggap kawan biasa. sebab dia tak suka perasaan bila dia anggap someone tu bff, orang tu pula anggap dia macam.. em meh? kinda macam tu. faham tak meh tu apa hahaha. kalau aku kalau orang anggap aku bff dia, pls pls i welcome you to my bff lists. serius.

someone cakap cara orang cari kawan ni lain lain. ada yang suka berkawan dengan someone tu sebab someone tu cantik, pandai, kaya. k, kalau dalam kamus aku benda ni something yang tak boleh diterima. memang suatu pantang. kalau dalam alam imaginasi dah lama beta pancung kepala dia. over kan? pft

kalau dia tak pandai, pandai kan. cari jalan untuk ajar macam mana nak jadi pandai. kalau dia tak cantik, terima seadanya, syurga tak pilih pun siapa cantik siapa tak cantik untuk masuk syurga. jadi, apa motif anda? perlu ke someone jadi kaya just to be your friend? apa erti harta tu bila mati nanti? oklah, itu pilihan orang kan? nak pertikaikan pun tak ada benda sebenarnya.

definisi kawan untuk aku tu lain. be yourself kalau kau bagus, change to be better if you not. lagipun setiap manusia ni ada secebis 'baik' tu dalam diri dia. apa kata kita reveal yang baik tu? bukan bermuka muka k. bukankah menyembunyikan aib tu satu tuntutan? ada bezanya mencuba jadi baik dengan bermuka muka. Definisi korang mungkin lain, tapi aku serius aku terima semua orang selagi tak ada benda yang menyakitkan hati (:

aku minta maaf kalau sepanjang korang berkawan dengan aku, korang rasa macam aku memilih kawan, talam dua muka ke. kalau korang terasa dengan apa yang aku buat pls terus terang sebab aku tak suka tiba tiba je kawan baik jadi stranger. and aku minta maaf kalau aku terus menghukum orang tak beritahu pun apa yang aku tak puas hati. tapi biasanya aku terus terang kan bila ada benda aku terasa ke kecik hati ke. aku mengadu kan? aku nak orang lain pun macam tu.

kalau korang ada rasa cemburu, aku pun ada. ingat aku suka ke bila kawan aku tak happy dengan aku tapi happy dengan orang lain? tengok bff aku happy dengan kawan dia yang lain tu sama macam aku nampak laki aku happy dengan perempuan lain. ok tak perumpamaan tu ? haha

adios